Post by maybizs on Jul 6, 2009 18:37:03 GMT -8
Tarikh: 19 Julai 2009
Hari: Ahad
Masa: 8.30am - 4.30pm
Tempat: Jalan Besar Berhadapan Balai Bomba Pandan Indah
Bayaran Penyertaan: RM30/satu penyertaan
Kategori dipertandingkan:
1. Proton - Standard Modification
2. Perodua - Standard Modification
3. Proton - Extreme
4. Perodua - Extreme
5. Jenis kereta terbuka- Standard Modification
Kami menjemput anda untuk hadir beramai-ramai dan kami juga mengalu-alukan konvoi dari berbagai kelab motorsport untuk hadir memeriahkan Autoshow ini.
Syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pengadil yang dilantik:
PERTANDINGAN AUTOSHOW AMPANG JAYA 2009
Tarikh : 19hb JULAI 2009
Hari : Ahad
Kategori : Amatur
Tentatif program:
9.00 – 11.00am : Pendaftaran
11.00 – 11.15am : Taklimat daripada juri
11.15 – 12.00noon : Persediaan kenderaan
12.00 – 3.00pm : Penjurian
4.00pm : Keputusan
1. AMATUR – antara kategori yang dipertandingkan ialah:
a) Proton
b) Perodua
b) Terbuka (pelbagai jenama motokar)
Kenderaan yg layak menyertai kategori ini ialah:
1. Kenderaan yang diubahsuai secara RINGAN, dan BUKAN diubahsuai untuk tujuan Autoshow,
2. Mempunyai cukai jalan yang SAH,
3. TIADA penggunaan bodykit custom (tempah khas) untuk panel utama kenderaan,
4. Tiada pengubahsuaian melampau (extreme) yang meliputi membalut semua interior dengan kulit/tan/pvc dan ubahsuai melampau pada bahagian enjin,
5. Penggunaan pelekat (decals) yg meliputi sebahagian kecil bodyshell kenderaan DIBENARKAN,
6. TIADA lakaran air-brush pada bodyshell kenderaan (lakaran kecil max. 30cm x 30cm dibenarkan)
7. Penggunaan lips hadapan, side skirt, lips belakang dan spoiler fiber/PU/custom DIBENARKAN,
8. Lakaran air-brush pada bahagian dalaman atau engine-bay DIBENARKAN,
9. Penggunaan warna fancy DIBENARKAN,
10. Penggunan bodypart JDM (Japan Domestic Model) DIBENARKAN, dan
11. Penggunaan enjin selain daripada enjin asal DIBENARKAN.
Tarikh : 19hb JULAI 2009
Hari : Ahad
Kategori : Extreme
Tentatif program:
9.00 – 11.00am : Pendaftaran
11.00 – 11.15am : Taklimat daripada juri
11.15 – 12.00noon : Persediaan kenderaan
12.00 – 3.00pm : Penjurian
4.00pm : Keputusan
2. Extreme – antara kategori yang dipertandingkan ialah:
a) Proton
b) Perodua
Kenderaan yang layak menyertai kategori ini ialah:
1. Kenderaan yang telah diubahsuai secara MENYELURUH,
2. Mempunyai cukai jalan yang SAH,
3. Diubahsuai untuk tujuan Autoshow,
4. Penggunaan bodykit custom atau body panel custom DIBENARKAN,
5. Penggunaan pelekat (decals) pada sebahagian besar bodyshell kenderaan DIBENARKAN,
6. Lakaran air-brush pada bodyshell, dalaman dan engine-bay kenderaan DIBENARKAN, dan
7. Penggunaan enjin selain daripada enjin asal DIBENARKAN.
UPDATE 7/7/09 10.28 AM
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua ketua-ketua kelab kereta Malaysia dan wartawan,
Kami ProCC Motorsport pengendali dan pemilik komuniti Kelab Kereta
ProtonClub.Com (ProCC) telah dibeli kepercayaan oleh MPAJ untuk menguruskan
Autoshow Ampang Jaya 2009. Dengan ini kami selaku pengendali Autoshow ini
dengan rasa bangganya menjemput kelab tuan dan para wartawan untuk menghadiri acara ini.
Tarikh: 19 Julai 2009
Hari: Ahad
Masa: 8.30am - 4.30pm
Tempat: Pandan Indah
Kami sangat mengalu-alukan penyertaan daripada ahli kelab tuan untuk
menyertai Autoshow ini. Dimana yuran penyertaannya hanya RM30/satu
penyertaan (80 penyertaan terawal akan mendapat T-shirt ekslusive Autoshow kami).
Kami juga mengharapkan pihak tuan dapat menghantar seberapa
banyak ahli untuk konvoi ke tempat kami. Tuan bolehlah melihat pada poster
yang kami sertakan. segala info ada disana.
Sebarang penyertaan bolehlah terus pada hari tersebut. pendaftaran terus
pada hari kejadian juga diterima. Cuma kami harap pihak tuan dapat membalas
email ini dan menyatakan confirm akan menghadiri acara ini. Jadi kami akan
menyediakan sijil penyertaan kepada kelab tuan.
Sebarang pertanyaan bolehlah melayari laman web www.protonclub.com atau menghubungi saya,
Mohd Hifni 012-9101058
Yang berusaha,
Mohd Hifni
Presiden ProtonClub.Com
Pengarah Urusan ProCC Motorsport
_________________
Kerana Kita ProCC,
Disini kita bertemu!
p/s: sorry everybody... coz i got this msg in bahasa... so if anybody here can translate... plsss do.... ok ...coz i'm so poor in english...