Post by Kamarul XY (One-0-Two) on Feb 24, 2011 18:55:57 GMT -8
Hai semua,
Maaf kerana lambat muat naik ke dalam forum. Seperti yang ada sedia maklum, kereta saya ini pernah dipaparkankan dalam laman sesawang berita automotif paultan.org/2011/02/13/proton-saga-se-r3-concept-by-reader-kamarul-xy/
Apa yang saya paparkan di sini adalah sama yang anda pernah lihat di dalam laman sesawang tersebut. Akan tetapi, untuk rakan-rakan kelab BLMClub dan forum ini saya akan mengupas lebih lanjut tentang kos dan tempat saya membuat modifikasi kereta saya ini sebab berkongsi ialah ambil berat (Sharing is Caring).
Kereta saya ini adalah dari jenis model Proton Saga SE dan pernah menghiasi ruangan Galeri forum dengan perjalanannya menjelajah satu Negeri Sabah satu ketika dulu. (blmclub.proboards.com/index.cgi?board=photogallery&action=display&thread=2521)
Setelah kembali ke Kuala Lumpur, saya mula berangan-angan untuk meng-R3-kan kereta saga saya. Dengan beberapa cadangan dan maklumat yang saya perolehi, saya keluar masuk kedai, turun naik bengkel serta jelajah dari satu ke satu kedai kustom untuk mencari yang terbaik dan termurah semestinya.
Kali ini, Proton Saga SE ini kembali dengan Proton Saga SE R3 Concept. Dilampirkan untuk tatapan.
Ok, sekarang biar saya cerita soal kos sebab saya banyak menerima soalan mengenai kos dan tempat dibuat dan dibeli. Buat pengetahuan anda, saya telah cuba sedaya upaya saya untuk mencari tempat yang termurah dan terbaik. Jikalau ada tempat yang lagi murah, mungkin saya belum jelajahi tapi ini adalah untuk panduan harga anda di masa akan datang jika anda hendak membuat kustom Saga BLM anda.
Bumper Saga R3 : Seperti sedia maklum, saya telah mencampur adukkan bumper asli Saga BLM dan Bumper Neo R3 (fiber). Bumper dari jenis fiber perlu digunakan untuk proses kustom, PU tidak boleh menurut kata taukey kedai kustom D1 Aerokit Works (www.autopista.com.my). Bumper Saga SE saya simpan dan saya membeli bumper asli B-Line daripada Choke, salah seorang ahli kelab BLMClub dengan harga RM50 sahaja tanpa gril. Bagi Bumper Neo R3 (fiber) pula, saya beli dengan harga RM180 (dengan foglamp tapi tidak ditebuk airhole) di Layang-Layang Fiber. Kos untuk upah kustom adalah sebanyak RM250 sahaja tetapi saya perlu menambah RM100 bagi membuat lubang airhole dan menukar gril jaring besi ke grill plastik untuk nampak lebih cantik dan seperti OEM.
Spoiler R3 untuk BLM : RM130 tanpa cat.
Untuk kos cat pula, RM500 dikenakan bagi cat bumper dan spoiler. 3 jenis warna saya gunakan iaitu putih, silver/kelabu dan hitam. Agak mahal kerana bumper kustom memerlukan kerja rumit sebelum spray. Proses melicinkan simen, menyapu primer simen, undercoat dan spray memerlukan ketelitian yang tinggi kerana jika dibuat secara sambil lewa, kualiti spray terjejas dan lubang-lubang kecil boleh dilihat dengan jelas. Kedai spray saya dibuat di TechniColour, iaitu hanya dibelakang kedai D1 Aerokit Works sahaja.
Rim R3 16 " : Seperti anda semua tahu, Rim R3 dijual di Proton dengan harga RM2,999.00. Akan tetapi saya telah ke wakil penjual proton iaitu Bridgestone Auto Care Tyre (www.autocaretyre.com.my) dan dapati harga bagi Rim R3 saiz 16" adalah RM1,560 selepas diskaun 20%. Bagi Rim R3 saiz 15" adalah RM1,320 selepas diskaun. Rim R3 bersaiz 16" menjadi pilihan saya. Saya cuma beli rim sahaja dahulu di kedai tersebut kerana tak cukup duit beli tayar.
Tayar : Selepas duit dah cukup, saya pergi ke kedai tayar di Jalan Gombak dan memilih tayar jenis Forceum (Made in Indonesia) bersaiz 205/45/16 berharga RM160 sebiji. Tayar jenis murah sebab tidak cukup duit nak beli tayar mahal.
Spring : Bagi spring pula, saya menggunakan spring sukan dari jenis ZerOne berharga RM350 termasuk pemasangan di kedai www.kakimoto.com. Saya juga telah menambah pelapih getah spring setebal 1 " agar memberikan sedikit ketinggian untuk nampak lebih garang disamping mengurangkan geseran sagat di fender ketika muatan penumpuang berlebihan di bahagian tempat duduk penumpang belakang.
Ekzos : Saya masih menggunakan ekzos standard dan kedua-dua muncung ekzos tersebut yang terkeluar dari diffuser belakang tersebut adalah dummy dan dari jenis besi tahan karat. Kos untuk menebuk diffuser belakang, skirting belakang, pateri dan mucung ekzos tersebut di buat di Wey Yip Pakar Exaust berharga RM150.
Untuk kali ini, ini sahaja yang saya dapat fikirkan untuk ditulis. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen. Sekian. Bye.
Berkongsi adalah Ambilberat / Sharing is Caring.