Post by apamz on May 5, 2011 8:14:05 GMT -8
Maaf buat BLM Club lambat untuk menghantar laporan mengenai program amal di Hotel Katerina Batu Pahat. ;D
_____________________________________________________
Hari / Tarikh: Sabtu / 23.04.2011
Masa : 10 pagi - 2 petang
Lokasi : Katerina Hotel Batu Pahat
___________________________________________________
Aktiviti :
1) derma darah
2) Sumbangan pakaian untuk orang miskin dan anak yatim
3) Derma kewangan untuk diberikan terus kepada warga miskin Batu Pahat
4) Sumbangan berbentuk barangan untuk warga miskin Batu Pahat
Program ini adalah anjuran Hotel Katerina Batu Pahat bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Majlis ini juga dirasmikan oleh YB Puad B. Zarkashi (Ahli Parlimen Batu Pahat merangkap Timb. Menteri Pelajaran Malaysia)
Untuk sumbangan amal ini akan diuruskan oleh pihak Hotel Katerina untuk pengedaran barang dan duit tersebut.
__________________________________________________
Penyertaan :
1. Penyertaan sangat membanggakan daripada wakil Johor dan tidak juga kepada warga Melaka dan Central yang meramaikan majlis amal ini.
2. Peserta daripada Johor seramai 11 ahli kelab dan peserta dari Melaka, N9 dan central seramai 14 ahli kelab.
____________________________________________________
Maklumbalas :
1. Hasil daripada penyertaan kelab BLM ini kepada program amal di Katerina, Pihak hotel mengucapkan penghargaan yang tinggi atas penglibatan dalam memberikan sumbangan termasuk menderma darah.
2. Mengikut sejarah pihak hotel, ini kali pertama penyertaan dengan kelab kereta dalam program amal di hotelnya.
3. Juga mendapat perhatian dan penghargaan daripada Yang Berhormat Timb. Menteri Pelajaran dengan kelab kereta BLM yang turut serta dalam aktiviti amal yang dianjurkan.
4. Seramai lebih kurang 14 orang mengambil bahagian dalam menderma darah dan yang lainnya memberikan sumbangan dalam bentuk barangan (beras, pakaian) dan duit.

Tentatif penuh program amal dan aktiviti sampingan tersebut.
9.30 pagi - Ketibaan semua rombongan di BP Mall Batu Pahat
10.00 pagi - Sarapan di Mamak Batu Pahat
10.30 pagi - Tiba di Katerina Hotel
11.00 pagi - Ketibaan YB Puad Zarkashi dan upacara perasmian
12.00 t/hari - sesi derma darah untuk Ahli Kelab BLM
1.00 petang - Makan tengahhari di Hotel Katerina (separuh bayaran ditanggung oleh pihak hotel)
2.00 petang - penyerahan barang dan duit kepada pihak Hotel
2.30 petang - Bertolak ke BP Mall Untuk Pertandingan Boling
5.00 petang - Bertolak ke Dataran Batu pahat untuk sesi fotografi
8.00 malam - Bersurai

Penutup :
Apa yang diharapkan agar pihak Johor atau Southern Region atau semua region dapat mengadakan lebih banyak lagi aktiviti amal. Ia secara tidak langsung memberikan pandangan positif kepada kelab kereta terutamanya kelab saga BLM dalam turut serta dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
Aktiviti yang kami cadangkan dan turut serta ini dinilai oleh kami sebagai berjaya, cuma beberapa kelemahan yang perlu diatasi dan diperbaiki pada masa hadapan. Pihak Katerina juga dengan berbesar hati akan memberikan sijil penghargaan kepada kelab dan berminat untuk menjemput Kelab BLM ini untuk aktiviti yang akan datang.
Dikesempatan ini juga saya mewakili kelab BLM Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung juga yang memberikan sumbangan sepanjang program ini berlangsung.
Sekian, salam 1 Malaysia
Laporan dari :
apamz @ Anwar Apandi
p/s : Untuk gambar lebih lanjut mengenai event ini boleh dilihat daripada folder gambar di facebook.
www.facebook.com/media/set/?set=a.150540555012063.38042.100001683580695