judin
Junior BLM-er
Posts: 15
|
Post by judin on Jul 2, 2013 9:19:23 GMT -8
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Semua Ahli-ahli BLMCLUB di jemput hadir bagi memeriahkan julung-julung kalinya majlis Charity ini.
Tujuan Charity ini diadakan adalah bagi membantu meringankan sedikit beban kepada rumah amal anak2 yatim ini dan juga beramah mesra bersama mereka sambil berkenalan dgn ahli2 blmclub dari jauh mahupun dekat dekat..
butiran majlis amal kami seperti berikut
Tempat: Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu Tarikh: 26 Julai 2013 (Jumaat) Masa: 10am - 10pm
Sumbangan dari seluruh warga BLM CLUB dan juga badan-badan lain adalah seperti:
1.Wang Ringgit 2.Barang keperluan harian spt Beras,Gula,tepung,susu dan lain2 3.Pakaian 4.Tenaga dan juga komitmen pada program
beberapa aktiviti akan kami laksanakan seperti:
1. Bergotong Royong Membersihkan laman 2. Menyediakan Juadah berbuka 3. Solat teraweh berjemaah 4. Penyampaian hadiah dan juga sumbangan
Seramai 30 orang penghuni Taman ini dikenal pasti
Bagi yang ingin memberi sumbangan untuk menambah saham akhirat boleh terus berhubung dengan mod dan juga adviser ECR iaitu
Mod Terengganu: Aizuddin Aziz (Facebook) Mod Kelantan: Pok Teh (Facebook) Mod Pahang: Pulut Nyor (Facebook) Advisor: Khairul Hisyam (Facebook)
Sumbangan anda kami iringi dengan ucapan ribuan terima kasih.
Perjumpaan pada semua peserta adalah di meet point yang akan diberitahu kelak.
Kerjasama dri pihak seluruh wrga BLM CLUB Khususnya di Region ECR amatlah kami Hargai
Sekian, Salam
Judin #772
|
|
|
Post by pokteh#1201 on Jul 2, 2013 22:32:23 GMT -8
semoga Allah memberkati program ini. semoga berjalan dengan lancar. InsyaAllah...
|
|